~ Sharing Is Caring ~

Archive for October 15th, 2007

Seseorang berjalan berhampiran sebuah kebun tembikai. Buah-buah tembikai yang besar sedang masak ranum di kebun itu. Berhampiran pohon tembikai itu terdapat sepohon pinang yang berbuah.

Dia tertanya-tanya:

Kenapa Tuhan jadikan buah tembikai yang besar berada di bawah sedangkan buah pinang yang kecil berada di atas?”

Oleh kerana terlalu mengantuk dia pun tertidur di bawah pohon pinang itu. Tiba-tiba sebiji buah pinang jatuh ke atas kepalanya,

“Aduh!!”

Dia pun terfikir:

Kalaulah buah pinang ini sebesar buah tembikai, sudah tentu aku dah jadi arwah. Inilah menunjukkan bahawa adilnya Tuhan yang menjadikan buah pinang yang kecil di atas dan buah tembikai yang besar di bawah.”

Setelah berpuas hati dengan jawapan yang telah ditemui bagi persoalannya tadi, dia pun bangun dan meneruskan perjalanan. Tidak berapa lama kemudian dia melalui di bawah sepohon kelapa. Tiba-tiba:

“Buppp!!!”

Sebiji buah kelapa yang sama besar saiznya dengan buah tembikai jatuh dan hampir-hampir mengenai kepalanya.

Dia pun terfikir sekali lagi:

Kenapa pula Tuhan jadikan buah kelapa yang bersaiz besar berada di atas?”

Aah… lupakan saja persoalan itu. Yang penting, Tuhan tetap Maha Adil dan Hanya Dia Yang Maha Mengetahui jawapan bagi segala persoalan-persoalan…”


Add to Technorati Favorites

Kalendar

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 167,202 orang pembaca

Khazanah