~ Sharing Is Caring ~

Menjadi Gadis Idaman Hati

Posted on: August 7, 2007

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” Riwayat Muslim

Kita pasti gembira bila diri kita menjadi idaman lelaki. Apatah lagi lelaki yang baik dan cerdik. Kita akan jadi lebih gembira apabila kita menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama. Dan kita tentunya amat gembira apabila kita menjadi wanita idaman kekasih Allah , Rasulullah S.A.W

Kekadang kita terfikir sendiri, bagaimanakah cara utk menjadi seorang wanita idaman sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas, bahkan kita tidaklah secantik purnama. Prasangka ini hendaklah kita hapuskan dgn kata-kata mulia Rasul tercinta: Daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda ” Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati-hati kamu

HATI

Inilah yang plg penting. Hati hendaklah dibersihkan. hati perlu dihidupkan selalu dengan sentaisa mengingati Allah, kenal akan Allah, yakin dng hakikat yang kita adalah hamba Allah. hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan dari sampah mazmumah. Tapi kita kena ingat, nak membersihkan hati bukannya mudah. kita kena mujahadah selalu. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati

LUARAN

Kalau kita sudah dapat menutup aurat kita mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut. Pakaian wanita Islam yang dikehendaki penciptaNya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Telekungnya hendaklah dilabuhkan sehingga ke paras dada. Pakaian itu Alalh dah tetapkan. Dia yang menciptakan kita, tahulah apa yang baik untuk ciptaanNya

PEMIKIRAN

Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. dgn kata lain, dia sentaisa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat. Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul dan bertunjangkan Al Quran dan Sunnah.

Walaubagaimanapun, apa juga yang kita lakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat tapi sebagai untuk memenuhi kewajipan kita sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya

Memang nak jadi gadis idaman bukan mudah. tapi kita kena berusaha. Benda yang mahal memang payah nak dapat. Umpama intan dan kaca. mana yang lebih susah nak dapat. mana yang lebih mahal. bahkan kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan. Hakikatnya intan jauh lebih mahal dari kaca. Intan jualah yang tetap menajdi idaman.

6 Responses to "Menjadi Gadis Idaman Hati"

I would suggest you to read “Menjadi wanita bahagia”, written by the same author who writes “La Tahzan”. Very nice. He named the chapter after precious gems in the world.

Thanks Aini ^_^ I’ll find the book.

Assalamualaikum w.b.t…
pertama sekali tahniah buat anis kerana semakin lama semakin canggun (canggih+anggun) blog anda, dah naik ranking nampaknya…huhuhu🙂

Teruskan usaha memblog..bestlah blog Anis.
buku ‘menjadi wanita bhagia’ memang besh, sy pun x sempat nak katam lagi:(

Waalaikumusalam Sarah…
Terima kasih sarah…terima kasih atas sokongan awk…sy akan cuba yang terbaik lagi…utk menjadi lebih canggun😀
semoga kita semua beroleh manfaat yer, sarah…

insyaAllah sy akan cari buku itu…sounds great!!

asalamualaikum…anis.. salam kenal..

waalaikumusalam…
salam kenal🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,457 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: