~ Sharing Is Caring ~

Perkara-perkara yang membuatkan kita susah

Posted on: January 19, 2008

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

 

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

 

1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

7 Responses to "Perkara-perkara yang membuatkan kita susah"

sgt berguna..sgt informatif…thx for sharing aNiS (^_^)

no worries. thanks for reading, adi ^_^

Sebanyak 43 amalan tersebut di atas sangat bagus jika bisa mengamalkan seluruhnya.
Mhs ada beberapa amalan yang tidak diambil dari
Al Qur’an atau Hadist, tetapi berasal dari budaya
/ pamali misal no.7, no. 8 dst.
Mohon penjelasan.

Alhmdulilah ada yg prihatin..
a’a sy pun setuju..amalan2 tersebut memang diambil dari budaya masyarakat setempat…saya akan cuba mencari bukti yg lebih kukuh lagi..insyaAllah..

“Sebanyak 43 amalan tersebut di atas sangat bagus jika bisa mengamalkan seluruhnya.”
–bagos jika amal??????????????

9.membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
—-maksodnye???
—-bukan ke mcm elok kalo basoh tgn siket dlm pinggan, i mean, jirus air yg kte nak minom sket tu dlm pinggan yg kte mkn.
ke u mean laen?
haish.

itu cuma kebiasaan org Melayu atau pesan org dulu2, Hannah. org kata murah rezeki kalau basuh tgn sket dlm pinggan lps abis mkn. tp tu juz pesanan org dulu2. betul ke x..ntahlah. mungkin kital Al-Barakah yg lebih patut kita ikut

heheh terlepas pandang lak yg nie…

hmm yg basuh tgn skek tue…anis pernah tgk ustaz anis wat cmtue…die kata utk keberkatan makanan yg dimakan n cepatkan penghadaman…anis pn xsure kesahihan die…
kene tnye nenek moyang kita ahh🙂
xpun mcm adi ckp..rujuk al-Quran atau hadis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,484 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: