~ Sharing Is Caring ~

Sebelum tidur…

Posted on: November 18, 2007

PERINGATAN IMAM GHAZALI,

Ketahuilah bahawasanya tidur itu seumpama mati dan bagkit daripada tidur itu seumpama bangkit dari kubur pada hari kiamat nanti. Siapa tahu barangkali rohmu dicabut Allah ketika engkau tidur pada suatu malam. Oleh keran itu bersedialah engkau untuk menemui Tuhamu dengan engkau tidur dalam keadaan suci dan wasiatmu ada tersimpan dibawah bantalmu.

Hendaklah engkau tidur dalam keadaan bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan meminta ampun dari segala kesalahan dan dalam keadaan engkau berazam bahawa engkau tidak akan mengulangi lagi sebarang kemaksiatan yang pernah engkau kerjakan, dan berazamlah untuk membuat kebaikan kepada seluruh orang Islam jikalau Allah membangkitkan engkau pada pagi esoknya.

Ketahuilah bahawa siang dan malam itu hanya dua puluh empat jam saja. Maka janganlah engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada lapan jam kerana jikalau engkau berumur enam puluh tahun maka memadailah engkau telah mensia-siakan daripada umurmu itu sebanyak dua puluh tahun iaitu sepertiga dari-pada umurmu.Dan berazamlah ketika tidur itu untuk engkau bangkit di tengah malam atau sekurang-kurangnya diakhir malam sebelum waktu subuh kerana dua rakaat ditengah malam itu merupa-kan satu perbendaharaan daripada Perbendaharaan kebaikan. Dan janganlah engkau panjangkan angan-angan mu nanti engkau akan merasa malas daripada berbuat ibadat,bahkan hendaklah engkau fikirkan bahawa kematianmu itu sangat dekat sekali kepadamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,457 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: