~ Sharing Is Caring ~

Cerita Tiga Buah Kolam

Posted on: September 1, 2007

Andaikan anda melakukan satu perjalanan yang agak jauh dan menempuh pelbagai rintangan dan kesulitan. Setelah beberapa hari, bekalan makanan dan air yang anda bawa sudah kehabisan. Anda berasa amat tertekan, keletihan dan kelaparan serta kehausan yang amat sangat. Namun destinasi anda masih jauh.

Dalam keadaan yang semakin mencabar itu, anda tiba ke suatu tempat di mana terdapat tiga buah kolam. Dengan tidak sabar-sabar lagi anda meluru ke salah satu kolam tersebut dengan tujuan hendak meminum airnya kerana kehausan yang tidak tertahankan lagi.

Alangkah terkejutnya anda apabila anda menundukkan kepala untuk mencecah permukaan air kolam yang jernih itu, selera anda tiba-tiba tertutup. Anda tidak tergamak untuk meneruskan hasrat anda kerana anda melihat bertimbun-timbun tulang-temulang memenuhi kolam itu walaupun airnya begitu jernih.

Anda beredar menuju ke kolam yang kedua. Sekali lagi anda terkejut apabila mendapati kolam ini pun dipenuhi dengan rambut manusia, sedang melintuk-liuk di dalam air kolam yang amat jernih itu. Anda berasa hampa kerana anda tidak sanggup menghirup air yang bercampur dengan rambut manusia.

Anda kemudian mencuba nasib ke kolam yang ketiga. Aduhai malang sekali, anda terkejut lagi kerana kolam yang ketiga ini lebih meloyakan. Seluruh kolam yang ketiga ini dipenuhi dengan darah manusia.

Anda terduduk dan termenung memikirkan bagaimana anda hendak mengatasi masalah kehausan yang anda sedang tanggung. Bekalan makanan sudah habis, air pula tidak ada kecuali air yang di dalam tiga buah kolam ini. Dan anda pada logiknya akan menemui maut jika anda tidak mahu meminum air dari kolam tersebut.

Nah, sekarang anda terpaksa memilih. Manakah di antara tiga buah kolam itu yang anda sanggup meminum airnya?

Jika anda memilih air kolam berisi tulang-temulang; anda adalah seorang yang keras hati, ertinya dalam hubungan pergaulan dengan rakan atau pun hubungan bersuami isteri anda seorang yang keras hati iaitu apa kata anda itulah keputusannya. Sifat ini ditamsilkan kepada sifat tulang yang keras dan tidak dapat dilentur lagi.

Jika anda memilih air kolam berisi rambut; anda seorang yang kelihatanya ‘lemah-lembut’ tetapi sebenarnya anda seorang yang agak licik, cerdik dan tidak mudah diputar-belit atau dipermainkan, malah semakin orang hendak ‘membelit’ anda semakin pintar anda mengatasinya.

Jika anda memilih air kolam yang dipenuhi darah; ertinya anda seorang yang bersetia dalam persahabatan atau perkahwinan dan kekeluargaan. Anda seorang yang berhati mulia, anda sanggup berkorban apa sahaja (walaupun berkorban darah) terhadap orang yang anda sayangi.

Apa gunanya cerita ini? Ia berguna jika kita ingin mengetahui serba-sedikit watak dan hati-perut orang yang berhubungan dengan kita sama ada rakan sekerja, kakitangan organisasi, pelanggan, sahabat handai atau terhadap pelajar-pelajar kita sendiri.

Caranya ialah dengan menceritakan senario di atas kepada yang terlibat kemudian minta mereka membuat pilihan.

Dari jawapan tersebut dapatlah kita ketahui sifat seseorang itu seperti tamsil yang disebutkan itu.

2 Responses to "Cerita Tiga Buah Kolam"

macam cerita kolam mencari timba ..

em cerita kolam mencari timba?? leh citekan skek x?? menarik je tue🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,484 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: