~ Sharing Is Caring ~

Hormat Diri Sendiri

Posted on: August 22, 2007

Oleh: DR. ISMAIL ZAIN

[Selamat Pagi Cikgu: Utusan Malaysia]

PENGGAL persekolahan masih berjalan dan seperti biasa pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini akan berusaha memantapkan diri dan semangat mereka dalam menghadapi peperiksaan

Terdapat sebilangan pelajar-pelajar berasa begitu gembira kerana pada hujung tahun ini mereka akan menamatkan pengajian mereka dan seterusnya akan melangkah ke tahap yang lain pula. Manakala tidak kurang pula yang tidak begitu yakin pada diri mereka sama ada mereka dapat menghadapi segala cabaran dengan jayanya.

Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk “The Power of Positive Doing”, mengatakan bahawa satu cara untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting.

Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.

Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini? Di sini saya ingin mengupasnya pada setiap huruf yang terbentuknya perkataan SIAPA:-

S – membawa pengertian “saya”. Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita. Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud …. Kamu dilahirkan sebagai umat yang terbaik….

Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.

I – membawa pengertian “insan”. Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.

A – membawa pengertian “amalan”. Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ianya tidak diamalkan.

Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia dan ianya adalah merupakan sebagai “pasport” ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.

P – membawa pengertian “peribadi”. Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna

A – membawa pengertian “adil”. Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?

Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmanakan kita telah menggunakan segala angota kita dalam melaksanakan seala tindakan dan tugas kita setiap hari? Ramai di antara kita yang mempunyai “penyakit” tidak yakin pada diri kita sendiri. Kita seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain.

Dalam hadith nabi s.a.w ada menyebut……..tidak ada suatu kurnia yang diberikan oleh Allah kepada manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan (diri) sahaja…..Hadith ini memperingatkan kepada kita bahawa keyakinan diri adalah merupakan faktor yang penting ke arah menggerakkan diri kita ke arah yang lebih dinamik serta berwawasan.

Menyedari bahawa diri kita adalah seorang insan yang perlu mengamalkan segala ilmu yang kita dipelajari serta mempunyai peribadi maka kita seharusnya berlaku adil pada diri sendiri.

Oleh itu bagi para pelajar mulai sekarang berilah keyakinan yang sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Anggaplah segala anggota yang ada pada tubuh badan kita ini adalah sesuatu yang istimewa serta di antara yang terbaik.

Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah tindakan dan hasrat kita yang murni itu. Anggapkan bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.

Kebolehan seseorang itu bukannya terletak pada bangsa, agama ataupun saiz badannya tetapi kebolehan seseorang itu diukur dari segi tindakan dan hasilannya. Tindakan adalah hasil daripada semangat yang kental serta dari jiwa yang cekal.

Hormatilah diri sendiri serta hadapilah segala cabaran pada setiap hari dengan penuh keyakinan. Kejayaan sentiasa bersama kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,457 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: