~ Sharing Is Caring ~

Kepingan Duit Yen

Posted on: August 18, 2007

Sebuah kisah yang amat menggugah hati orang terjadi di propinsi Ciang Si kota Nan Chang. Pada tahun 1938 bertepatan masa peperangan dimana Presiden Ciang Kai Sek yang saat itu masih menjabat sebagai komandan askar yang bertempat di Nan Chang.

Pada masa lapang, ramai tentera pergi berbelanja keperluan sehari-hari. Pada masa itu mata wang yang digunakan adalah Yen. Kaum wanita yang sudah berusia lanjut dan lemah tampak berjajaran di sepanjang jalan menjual tuala dan seluar bagi keperluan tentera.

Suatu hari, seorang nenek tua menangis terisak-isak di sebuah jalan. Orang yang lalu bertanya sebabnya, rupanya seseorang telah membeli banyak dagangannya dengan duit Yen palsu. Ketika sedar wang itu palsu, si pembeli sudah lenyap entah kemana.

Kebetulan seorang tentera yang baru mendapat gaji dan berbelanja di sekitar jalan itu. Melihat nenek itu sangat sedih, maka dia menghiburnya, “Tak usah sedih Nek, gaji saya cukup. Tukarkan wang palsumu kepada saya sebagai kenang-kenangan. Nah, ini ambillah. Semoga dapat menjadi modal usahamu kelak”.

“Mana boleh? Mana mungkin saya menerima sementara anda yang mengorbankan wangmu”. Si Nenek terus bersikap keras tidak mau menerima tawaran si tentera itu tapi kerana tak tega menolak ketulusannya, akhirnya menerima juga dengan ucapan terima kasih yang mendalam.

Selang beberapa bulan si Tentera datang kembali ke kota Nan Chang dan mencari Nenek yang malang itu. Dia berkata bahwa kepingan Yen palsu itu telah menyelamatkan nyawanya.

Ceritanya ketika dia berada di barisan depan dalam medan pertempuran, tiba-tiba sebuah peluru menghentam ke dadanya. Matilah aku kali ini, fikirnya hingga pengsan kerana ketakutan. Tapi bila matanya di buka, sakitnya tidak terasa. Dirabanya bahagian dada tapi tak ada darah sedikitpun. Waktu menyentuh kepingan logam yang berada di kocek kirinya ternyata wang Yen palsu itu sudah cekung kerana peluru itu. Rakan seperjuangannya berpikir, bagaimana mungkin peristiwa tersebut dapat terjadi. Berita itu meluas keseluruh kota Nan Chang.

Siapa kata perbuatan baik dan jahat tiada balasannya? Cuma kerana waktu yang belum matang, hingga pembalasan belum tampak. Inilah salah satu kesaksian betapa pentingnya memupuk jasa pahala dan kebajikan.

“Sumber rezeki adalah dari anugerah Tuhan. Berbuat jasa kebajikan tanpa menuntut pembalasan. Manusia bekerja keras, Tuhan yang menentukan segalanya”.

Kerana itu, membuat kebajikan secara samar (tanpa diketahui orang) akan mendatangkan anugerah yang tak disangka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,457 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: