~ Sharing Is Caring ~

Samat dan bapa mertuanya

Posted on: August 6, 2007

Samat (bukan nama sebenar) baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh…

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian… lepas tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi si bapa mertua terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Samat ni..Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Samat..

“Samat, mari kita main dam haji…” katanya kepada Samat…

“Boleh juga…” kata samat tanpa mensyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat…

Dia hulur, Samat makan, hulur lagi… Samat makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi….

” Eh ko ni Samat… kuat betul makan laa…. agak-agaklaa…” katanya tersenyum..

“Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…

Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit…

Bila tak makan, mestilah kena tangkap…(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini…)… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji…

Apa lagi….

“Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke…? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena….

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah… Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa…

Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,457 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: