~ Sharing Is Caring ~

Penolak rakit…

Posted on: July 18, 2007

Pekerjaanku adalah seorang penolak rakit di tepi sungai, yakni aku memindahkan penumpang dari satu tebing sungai ke tebingnya yang lain. Hal itu sudah ku lakukan sejak bertahun-tahun lamanya.Pada suatu hari, datanglah seorang lelaki tua itu kepadaku.

“Bolehkah tuan menyeberangkanku ke tebing sebelah sana secara ikhlas lillahi ta’ala?”

“Boleh,” jawabku. “Aku boleh membawamu ke sana dengan ikhlas, tanpa bayaran!”

Lelaki tua itu pun menaiki rakitku dan aku pun menjalankan rakit itu menuju ke tebing yang sebelah sana. Saat tiba di tebing sana, orang tua itu berkata lagi:

“Tuan, aku akan menitipkan sesuatu kepada tuan, bolehkah tuan menjaganya?”

“Apakah itu?” tanyaku kepadanya.

“Hanya sesuatu bungkusan dan sebilah tongkat. Apabila datang hari besok hampir waktu Zohor, tuan akan menemukan diriku mati di bawah pohon ini,” dia berkata begitu sambil menunjukkan pohon yang dimaksudkan. Kemudiaan dia menyambung pesanannya lagi:

“Maka mandilah dan bungkuslah aku dengan kain yang ada di bawah kepalaku, kemudian sholatkanlah aku dan tanamlah aku di bawah pohon itu. Setelah itu ambillah bungkusan ini serta tongkatnya lalu simpanlah dia baik-baik. Sewaktu-waktu kalau ada orang yang memintanya berikanlah kepadanya!” pesanannya dengan sungguh-sungguh.

“Itu saja pesananmu?!” tanyaku lagi, Dia menganguk-angukkan kepalanya.

“Baiklah,” kataku dengan penuh kehairanan.

Malam itu aku tak dapat tidur kerana terus memikirkan keadaan orang itu. Betulkah dia akan mati, seperti yang dia katakan? kalau tidak, buat apa aku memikul bebanan amanat ini!

Begitu pagi mula muncul, aku segera pergi ke tempat rakitku untuk berkerja, sambil menunggu waktu Zohor, aku pun duduk termangu-mangu dan hatiku berdebar-debar. Tiba-tiba aku terlena dan terus tertidur, dan baru bangun ketika waktu menjelang Asar. Aku teringat akan janjiku kepada orang tua itu, dan aku cepat-cepat menuju ke bawah pohon yang ditunjukkan kepadaku semalam, dan ternyata benar lelaki itu telah meninggal dunia di sana, dan wajahnya semakin bersinar-sinar.

“Inna Lillaahi Wa Innaa Illaihi Raji’uun!” lisanku mengucap.

Aku pun segera menyelenggarakan mayatnya, memandikannya lalu membungkusnya dengan kain yang diletakkan di bawah kepalanya yang baunya sangat harum sekali. Kemudiaan mensholatinya dan menggali kubur di bawah pohon, dan ternyata di sana telah terdapat kuburan yang terbuat dari batu yang sangat halus sekali buatannya. Aku memasukkan jasad itu itu ke dalamnya, lalu menimbuni kubur itu dengan tanah, dan aku ambil bungkusan serta tongkat titipannya dan menyimpannya di rumah.

Hari itu, aku terpaksa bekerja sampai pagi untuk menggantikan masa aku gunakan untuk menyelenggarakan pengebumian mayat lelaki tua tadi. Apabila menjelang fajar, datanglah seorang pemuda kepadaku seraya memandangku dengan pandangan yang tajam sekali. Setelah aku menggamat-amatinya, aku mengenalinya. Ia adalah seorang pemuda yang biasa bermain sandiwara, dan biasa menyanyi dan menari. Ia memakai baju yang tipis, sementara jari-jarinya penuh dengan pacar.

Pemuda itu mendekatiku seraya memberi salam. Aku membalas salamnya. Ia bertanya:

“Benarkah tuan ini fulan bin fulan?” aku hairan bagaimana dia tahu namaku.

“Betul,” jawabku.

“Jika demikiaan, di manakah amanat itu?”

“Amanat apa?” tanyaku kembali.

“Sebuah bungkusan dan sebilah tongkat,” pemuda itu memberitahuku.

“Siapakah yang memberitahukan hal itu kepadamu?”

“Aku sendiri tidak mengerti,” jawabnya, “tapi tadi malam aku sedang di rumah teman untuk maraikan pesta perkahwinan. Aku menari-nari serta menyanyi sampai jauh malam dan aku pun tidur di sana. Tiba-tiba datang seorang yang tak ku kenal membangunkanku seraya berkata: “Wahai pemuda, bangunlah! ketahuilah bahawa Allah s.w.t. telah mematikan seorang waliNya, dan menjadikan dirimu sebagai gantinya, Nah pergilah sekarang juga dan temui fulan bin fulan yang bekerja sebagai penolak rakit, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya wali Allah yang mati itu meninggal amanah untukmu, iaitu berupa sebuah bungkusan dan sebilah tongkat.”

Aku benar-benar kehairanan mendengar penunturan pemuda itu, dan aku pun menyerahkan kedua amanah itu kepadanya. Ia menerimanya lalu menanggalkan pakaiaan yang di atas badan, kemudian mandi dan berwudhuk, lalu membuka bungkusan itu yang ternyata di dalamnya ada sepasang pakaian, lalu memakainya, dan memegang tongkat. Kemudian dia datang kepadaku seraya berkata:

“Terima kasih kerana sanggup menjaga amanah ini, semoga Tuhan saja yang membalasmu!”

Kemudian pemuda itu pergi meninggalkanku. Ke mana dia pergi, aku pun tidak tahu.

Di sepanjang-panjang hari itu, aku terus memikirkan tentang pemuda itu, dan bagaimana dia dengan kehidupannya yang lalai dan sia-sia boleh menerima amanat wali yang mati itu. Bila aku merasa penat, aku pun tidur. Dalam tidurku itu aku mendengar suatu suara yang mengatakan:

“Wahai hamba Allah! Apakah engkau keberatan jika Allah berkenan melimpahkan kurniaNya kepada hambaNya yang selalu membuat derhaka kepadaNya? Ketahuilah, bahawa Allah berhak penuh untuk memberikan kelebihanNya kepada sesiapapun, takdirNya adalah menurut iradatNya!”

Pada masa itulah, aku terkejut dari tidurku, lalu menangis sejadi-jadinya. Dalam menangis itu aku memohon:

“Ya Allah! Berilah hambaMu ini rahmat dan belas kasihanMu! Berilah pertolongan untuk berbakti kepadaMu, bersyukur atas segala nikmatMu, dan bersabar atas segala cubaanMu! Amin!”

Amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

July 2007
M T W T F S S
    Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 161,457 orang pembaca

Khazanah

%d bloggers like this: