~ Sharing Is Caring ~

Kasih Sayang Sekeluarga

Posted on: October 22, 2007

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI SESUATU FALSAFAH TENTANG KASIH SAYANG SEKELUARGA?

Kasih sayang memainkan pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Ia menjadi sebahagian daripada keperluan psikologi manusia. Sebenarnya kasih sayang merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan suasana, sikap dan harapan seseorang terhadap seseorang atau sesuatu yang lain.

Kasih sayang sekeluarga yang dimaksudkan ialah kasih sayang sejati daripada ibu bapa kepada anak-anak, kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa, kasih sayang sesama adik beradik, saudara mara dan kepada sahabat. Kasih sayang dapat dilahirkan melalui tingkah laku, perhatian, pengorbanan dan persefahaman. Kasih sayang yang sejati dan iklas akan mewujudkan rasa tanggungjawab dan perasaan hormat terhadap orang yang dikasihi.

Kasih sayang akan bersemadi jika dicurahkan atas dasar penghormatan kerana tanpa penghormatan akan wujud ketidakseimbangan dan ketidakselesaan dalam perhubungan seperti akan berlaku konflik dan ketegangan. Selain itu kasih sayang akan bertambah kuat jika terdapat persamaan nilai yang dipegang kerana semakin serupa nilai hidup seseorang itu maka semakin mudah dan kuat sesuatu perhubungan dapat dijalinkan. Kasih sayang sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan perhubungan diantara satu sama lain, supaya wujud kebahagiaan dan kemesraan.

KASIH SAYANG MELALUI PERKATAAN.

Meski pun cinta dan kasih sayang itu mudah untuk dilafazkan, namun ia tidaklah mudah untuk dilaksanakan. Luahan dan pelaksanaan kasih sayang sekeluarga mesti dilakukan untuk kepuasan setiap ahli keluarga. Oleh itu, ahli keluarga harus berusaha untuk menyatakan kasih sayang melalui luahan perkataan dan perbuatan. Ada banyak cara kasih sayang dapat diucapkan dan ditunjukkan kepada ahli keluarga.

CARA-CARA MENUNJUKKAN KASIH SAYANG KEPADA AHLI KELUARGA.

  • Tunjukkan melalui pelaksanaan tanggung jawab. Bertanggung jawablah untuk memenuhi keperluan ahli keluarga. Isteri misalnya, boleh menunjukkan rasa kasih sayang dengan menjalankan tanggungjawab melayan suami dan anak anak dengan ikhlas.
  • Buktikan kasih sayang melalui pengorbanan. Jika ada perasaan sayang maka seseorang itu mesti sanggup berkorban dan bertungkus lumus berusaha mencapai sesuatu atau untuk keselesaan orang yang disayangi
  • Perasaan hormat juga adalah bukti kasih sayang. Konsep menghormati hendak lah sedia peka, tidak egoistik dan tidak mudah bertindak mengeksploitasi orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
  • Jangan menyembunyikan perasaan cinta dan kasih sayang. Sebaliknya bersikap terbuka jika melahirkan perasaan. Sentiasalah ungkapkan kata-kata cinta dan sayang kepada ahli keluarga.
  • Sokonglah ucapan-ucapan cinta melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas. Sentuhan lembut seperti menepuk bahu dan pandangan lembut sewaktu berbual amat baik untuk diamalkan.
  • Hadiah-hadiah dan sambutan tertentu dapat juga membuktikan perasaan kasih sayang. Maka berusahalah mengingati hari -hari istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
  • Apabila berjauhan, kirimlan surat , poskad atau telefon untuk melahirkan rasa kerinduan kepada mereka.
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Add to Technorati Favorites

Kalendar

Sabda Rasulullah s.a.w

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Riwayat Bukhari & Muslim

Categories

Top Clicks

  • None

Pengunjung Terkini

Recent Readers

View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
My Popularity

Bilangan Pembaca

  • 151,434 orang pembaca

Khazanah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: